Kelas Menaip (Surat Rasmi) - Microsoft Word
7 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniSeramai 8 orang peserta telah hadir ke Pusat Internet Gong Kulim pada hari Isnin, 6 Julai 2020 yang lalu untuk menyertai Kelas Menaip (Surat Rasmi) - Microsoft Word yang bermula pada jam 3.00 petang sehingga 6.00 petang. Di dalam kelas ini, dilatih meggunakan kemahiran-kemahiran asas komputer. Seterusnya peserta diperkenalkan kepada perisian Microsoft Word dan fungsi-fungsi papan kekunci. Kemudian peserta diminta menaip satu surat rasmi mengikut format yang betul menggunakan Microsoft Word sambil dipantau oleh pengajar.
Selain peserta dapat meningkatkan kemahiran menaip menerusi latihan yang dijalankan di dalam kelas dan kelas sebegini juga dapat menggalakkan pelajar menggunakan komputer dalam proses pembelajaran. Kami di Pusat Internet Gong Kulim menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para pelajar mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan pendidikan. Justeru, pihak kami sangat berharap agar kelas seperti ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam ICT dan pembelajaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: